Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tumpang tinggal di flat, lelaki rakam video gadis sedang mandi

Aug 12, 2021 | 5:30 AM
2efe3042-38f5-468a-bff3-c5e637c4a5db
-

SEORANG lelaki sedang menumpang di flat saudaranya di Tampines apabila dia menggunakan telefon bimbit untuk merakam video gadis 18 tahun yang sedang mandi.

Mahkamah diberitahu bahawa ibu saudara mangsa adalah isteri kepada abang pesalah.

Pesalah berusia 32 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa, semalam mengaku bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita.

Pada 2017, dia telah meletakkan telefon bimbit di para-para tingkap bilik mandi.

Gadis itu melihat telefon bimbit tersebut selepas beliau mandi dan melihat ia mengandungi video beliau sedang mandi.

Beliau terus menghapuskan video itu dan melontarkan telefon bimbit tersebut ke lantai.

Namun, beliau tidak memberitahu keluarga kerana yakin mereka tidak akan mempercayainya.

Menyusuli kejadian itu, mangsa berasa takut setiap kali hendak mandi atau tidur kerana bimbang lelaki itu akan mencabul kehormatannya lagi.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana kesalahan itu diketahui tetapi seorang kaunselor di sekolah gadis itu membuat laporan polis bagi pihaknya pada 17 Julai 2019.

Lelaki itu akan dijatuhi hukuman pada 13 September.

Bagi kesalahan mencabul kehormatan, pesalah boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg