Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Tumpu pada bantuan pesalah, hukuman tegas kepada pengedar dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tumpu pada bantuan pesalah, hukuman tegas kepada pengedar dadah

May 08, 2024 | 05:26 PM



Pendekatan Singapura dalam mengawal penyalahgunaan dadah bukan hanya bertujuan menjatuhkan hukuman berat terhadap pengedar dadah, bahkan juga memberi tumpuan untuk membantu mereka yang menyalah guna dadah, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Pendekatan kawalan dadah ini adalah berdasarkan bukti, tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kenyataan Menteri mengenai dasar kawalan dadah nasional Singapura di Parlimen pada 8 Mei.

Pada 2019, Singapura mengubah dasarnya untuk fokus pada menyokong mereka yang semata-mata menyalah guna dadah. Mereka yang hanya menyalah guna dadah dan tidak melakukan kesalahan lain akan menerima rawatan dan tidak mendapat rekod jenayah.

Campur tangan ini berdasarkan profil risiko penyalahguna dadah, kata Encik Shanmugam.

“Ini meminimumkan gangguan kepada kehidupan seharian mereka sambil memastikan isu ketagihan mereka ditangani,” ujar beliau.

Sokongan terus disediakan untuk membantu penyalah guna selepas tempoh pengawasan yang diperlukan.

Kerjasama Perkhidmatan Penjara Singapura dengan Reben Kuning Singapura dan rakan kongsi masyarakat menyediakan bekas pesalah kejurulatihan kerjaya dan memperoleh pekerjaan.

“Perjalanan untuk pemulihan adalah mencabar dan memerlukan banyak bantuan.

“Kita harus mengiktiraf bukan sahaja usaha bekas penyalah guna untuk kekal bebas dadah bahkan memberi penghormatan kepada keluarga mereka yang menyokong mereka dalam perjalanan mereka,” tambah Encik Shanmugam sambil mengajak Anggota Parlimen (AP) lain menzahirkan penghargaan mereka kepada sekitar 120 bekas penyalah guna dan keluarga mereka yang hadir di Parlimen pada 8 Mei.

Walaupun Singapura berusaha membantu penyalah guna, ia tetap mengambil pendekatan tegas terhadap pengedar dadah, kata Encik Shanmugam. 

Di bawah undang-undang Singapura, mereka yang disabitkan kesalahan mengedar jumlah dadah yang besar – seperti 15 gram heroin tulen – boleh dijatuhi hukuman mati.

“Kami tidak langsung bertolak ansur terhadap mereka yang memusnahkan nyawa orang lain kerana wang,” jelasnya. 

Encik Shanmugam menambah, pendekatan tegas yang diambil Singapura ini dapat menyelamatkan ribuan nyawa.

“Anda hapuskan hukuman mati, pengedaran dadah akan meningkat dengan ketara. Dan akan ada lagi rompakan, pecah rumah dan seterusnya kerana penyalah guna dadah akan memerlukan wang untuk membeli dadah.

“Akan ada juga lebih banyak serangan seksual, pembunuhan. Lebih ramai orang akan mati di Singapura,” terangnya. 

Pada 1990-an, Biro Narkotik Pusat (CNB) menahan kira-kira 6,000 penyalah guna dadah setiap tahun. Jumlahnya kini berkurangan – kira-kira 3,000 penyalah guna dadah setiap tahun.

Encik Shanmugam menambah bahawa walaupun bilangan penyalah guna seharusnya meningkat dalam tempoh 30 tahun lalu disebabkan kenaikan bekalan dadah di rantau ini dan kuasa membeli warga Singapura yang lebih besar, angka itu sebaliknya merosot.

“Inilah perang yang kita lawan di Singapura. Dan jika kita tidak melawannya, atau jika kita kalah, maka beribu-ribu orang di Singapura akan menderita,” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >