SEPULUH kelasi angkatan laut Amerika Syarikat terkorban, lima lagi tercedera dan seorang laksamana dipecat ekoran kejadian pelanggaran kapal perang USS John S McCain dengan kapal dagang Alnic MC ketika kededua kapal itu sedang dalam pelayaran ke Singapura.

Kini siasatan ke atas nahas yang berlaku itu sedang dijalankan demi menentukan fakta dan sebab nahas itu berlaku.