Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tunggakan gaji dua tahun diselesaikan dengan bantuan TADM

Jul 19, 2022 | 5:30 AM
BUAT LAPORAN: Pekerja yang mempunyai pertikaian dengan majikan mereka, termasuk dalam isu gaji tidak dibayar, boleh memfailkan tuntutan di Pakatan Tiga Pihak Bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) untuk mendapatkan bantuan. - Foto fail
BUAT LAPORAN: Pekerja yang mempunyai pertikaian dengan majikan mereka, termasuk dalam isu gaji tidak dibayar, boleh memfailkan tuntutan di Pakatan Tiga Pihak Bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) untuk mendapatkan bantuan. - Foto fail -

KES PEKERJA DIBANTU TADM

SEPANJANG dua tahun bekerja, Daniel (bukan nama sebenar) hanya menerima bayaran sebahagian daripada gajinya, dan tidak menerima bayaran bagi kerja lembur.

Daniel memfailkan tuntutan gaji yang belum dibayar di Pakatan Tiga Pihak Bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) untuk mendapatkan bantuan bagi kesusahan yang dialaminya.

Semasa pengantaraan, majikan Daniel tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen atau rekod untuk membuktikan bahawa dia telah membayar gaji Daniel sepenuhnya.

Majikannya menawarkan untuk menyelesaikan pertikaian itu dengan membayar Daniel kurang daripada separuh daripada jumlah tersebut.

Namun, ini ditolak oleh Daniel.

TADM mengesahkan bahawa tuntutan Daniel adalah sah dan jumlah yang terhutang adalah tepat.

Pengantara menasihatkan majikan Daniel untuk membayar jumlah yang terhutang sepenuhnya, dan jika dia gagal berbuat demikian, kes itu akan dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pekerjaan untuk perbicaraan.

Majikan Daniel kemudian menerima nasihat pengantara dan membayar Daniel gajinya yang terhutang sepenuhnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg