Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tunggu makanan dihantar depan lif, abang penghantaran tergelak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tunggu makanan dihantar depan lif, abang penghantaran tergelak

Mar 15, 2024 | 04:57 PM



Gara-gara bosan, sekumpulan remaja lelaki ‘kelaparan’ mengambil keputusan untuk menantikan pesanan makanan mereka di luar lif di sebuah flat.

Penantian itu bak satu kejutan buat ‘abang penghantaran’ tatkala melihat kumpulan remaja itu duduk bersila di hadapan lif. Apatah lagi ia berlaku pada lewat malam.

Mujur pekerja penghantaran itu tidak melatah, malah beliau kelihatan ‘sporting’ dengan memberi layanan baik kepada remaja tersebut – bersalaman dengan mereka.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial, apabila seorang pengguna TikTok bernama Cintakualynn, memuat naik rakaman gelagat “menyakat” anak lelakinya dan teman-temannya itu hingga menarik lebih 380,000 tontonan.

Video itu menunjukkan beberapa remaja sedang duduk di lantai lobi lif apabila seorang pekerja penghantaran makanan tiba di lantai itu menerusi salah satu lif.

Pekerja penghantaran itu kemudian kedengaran tergelak sedikit apabila mendapati pelanggannya berada di lobi itu untuk menerima tempahan mereka.

“Bila anak lelaki saya merancang untuk adakan kegiatan tidur bermalam di rumah, mereka membuat tempahan makanan menerusi Grab,” kata pengguna itu, yang dikenal pasti sebagai Cik Azlina Ithnin, 44 tahun, dalam tulisannya di TikTok.

“Tapi ada sahaja budak-budak ni rancangkan,” tambahnya.

“Bila mereka dapat tahu tempahan mereka akan sampai, mereka duduk di lobi lif untuk sambut kedatangan pekerja penghantaran mereka di situ.”

Warga net di ruang komen turut memberi beberapa catatan yang lucu selain memuji tindakan remaja tersebut kerana menceriakan sedikit suasana bagi pekerja itu pada lewat malam.

“Saya rasa, keadaan bakal menjadi aneh jika lif itu pergi ke tingkat yang lain dan pekerja penghantaran itu harus tunggu ketibaan lif bersama budak-budak itu,” kata seorang pengguna TikTok bernama Nicholas Jacob Bong.

Cik Azlina berkata kepada Berita Harian (BH), kejadian berlaku pada 9 Mac, sebelum minggu cuti penggal sekolah.


Beliau tidak ada di rumahnya pada malam itu kerana sedang menginap di Johor Bahru bersama suaminya.

Yang ada di rumahnya di Bukit Batok itu ketika itu termasuk anak perempuannya, seorang pembantu rumah dan anak lelakinya, Mohammad Ryan Andreal Mohammad Khairi, 16 tahun, yang merancang tindakan itu bersama temannya.

Menurut Andreal, ketika dihubungi BH, beliau dan teman-temannya baru sahaja pulang daripada bermain boling apabila lima daripada temannya memutuskan untuk pulang ke rumahnya untuk bermalam di situ.

Andreal, yang akan menduduki peperiksaan GCE ‘N’ hujung tahun, berkata beliau dan teman-temannya sedang lapar pada ketika itu dan memutuskan untuk menempah makanan segera menerusi Grab.

“Kami sangat bosan dan lapar pada malam itu,” katanya menerusi WhatsApp.

“Disebabkan itu, salah seorang teman saya beri idea untuk duduk di depan lif sambil menunggu pekerja penghantaran itu sekadar untuk hiburan sahaja. Lagi pun, dah lewat malam, dan kami mahu menceriakan suasana bagi pekerja itu kerana beliau mungkin letih bekerja.”

Andreal berkata, tiga daripada mereka duduk di lantai lobi lif itu, sementara baki dua teman berada di tangga untuk memantau ketibaan pekerja penghantaran itu.

“Nasib baik perbuatan kami ini disambut dengan baik dan kedua-dua teman-teman saya dan pekerja penghantaran itu sama-sama kongsi bahagia,” ujarnya lagi.




@cintakualynn

When my son’s friend sleepover on Saturday nite, they decided to order food via grab at wee hours.. but these kid are up to something lols.. the moment they knew the food is round the corner they quickly went out and seated infront of the lift waiting for the driver to arrive. Ha ha betul punya perangai kesian grab driver shocked but supporting. Lols

♬ original sound - Cintakualynn - Cintakualynn

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >