UAE hantar makanan bantu mangsa perang di Yaman

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

UAE hantar makanan bantu mangsa perang di Yaman

Jun 18, 2018 | 4:57 PM

UAE hantar makanan bantu mangsa perang di Yaman

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KRISIS DI YAMAN: Duta UAE ke Singapura, Dr Mohammed Omar Abdalla Balfaqeeh, berkata keprihatinan UAE dan pakatan berbilang negara yang turut dianggotainya, adalah untuk menangani krisis kemanusiaan yang kian ketara di Yaman.
KRISIS DI YAMAN: Duta UAE ke Singapura, Dr Mohammed Omar Abdalla Balfaqeeh, berkata keprihatinan UAE dan pakatan berbilang negara yang turut dianggotainya, adalah untuk menangani krisis kemanusiaan yang kian ketara di Yaman. - Foto IQBAL FAIZAL

AMIRIAH Arab Bersatu (UAE), anggota pakatan berbilang negara yang sedang mengadakan serangan udara di Hodeidah, Yaman, telah memulakan operasi menghantar barangan makanan bagi sekitar 1.6 juta penduduk, termasuk kanak-kanak dan wanita, di sana.

Sekitar 28,000 tan makanan, termasuk gandum, beras dan makanan lain, sedang dihantar ke sana melalui laut dan udara, dengan kapal kedua yang mengangkut 10,000 gandum dijangka tiba pada Jumaat (22 Jun) ini.

Ia menyusuli kapal pertama - yang tiba di sana pada 10 Jun - yang membawa 65,000 kotak makanan.

Bercakap di satu sidang media hari ini (18 Jun), duta UAE ke Singapura Dr Mohammed Omar Abdalla Balfaqeeh berkata keprihatinan UAE dan pakatan Arab itu adalah untuk menangani krisis kemanusiaan yang kian ketara di sana.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg