Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ubah keutamaan, itulah pengorbanan ayah

Jun 16, 2024 | 5:30 AM
Encik Mohammed Ashraff Hussin bergambar bersama isteri, Cik Mardalina Mohamed Nossi, dan anak kembarnya Qayyim Fazhan Mohammed Ashraff (dua dari kiri) dan Qayyim Iylhan Mohammed Ashraff semasa menunaikan umrah pada Disember 2023. Cik Mardalina kelihatan memegang gambar Allahyarhamha Raisya Ufairah yang meninggal dunia pada 2022 akibat Covid-19.
Encik Mohammed Ashraff Hussin bergambar bersama isteri, Cik Mardalina Mohamed Nossi, dan anak kembarnya Qayyim Fazhan Mohammed Ashraff (dua dari kiri) dan Qayyim Iylhan Mohammed Ashraff semasa menunaikan umrah pada Disember 2023. Cik Mardalina kelihatan memegang gambar Allahyarhamha Raisya Ufairah yang meninggal dunia pada 2022 akibat Covid-19. - Foto ihsan MARDALINA MOHAMED NOSSI

Ekoran tuntutan tugas demi mencari rezeki, Encik Mohammed Ashraff Hussin, pernah tidak dapat berada di sisi anak bongsunya yang mengalami komplikasi Covid-19.

Beliau hanya menemui Raisya Ufairah Mohammed Ashraff, empat tahun, ketika si kecil dikejarkan ke hospital sebelum dia menjadi kanak-kanak kedua bawah umur 12 tahun di Singapura yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Menyusuli peristiwa pahit itu, Encik Mohammed Ashraff, 41 tahun, memutuskan perlu baginya untuk berkorban dan mencari kerja dengan masa bertugas yang tetap meskipun ia jauh sedikit dari rumah.

Semua itu dilakukan demi keluarga agar beliau dapat meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan dua anak kembarnya; mengurus keperluan anak seperti menghadiri sesi bertemu guru; dan mengambil mereka pulang daripada kegiatan luar darjah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg