Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ubah wang haram: Tertuduh hadapi 12 tuduhan baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ubah wang haram: Tertuduh hadapi 12 tuduhan baru

Apr 01, 2024 | 06:36 PM



Tertuduh dalam kes pengubahan wang haram, Su Haijin, pada 1 April menghadapi 12 tuduhan baru kerana dituduh bersubahat untuk menipu Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), serta memiliki sekitar S$3.8 juta daripada hasil jenayah.

Kertas tuduhan juga menunjukkan bahawa Su bersubahat untuk menyerahkan penyata kewangan palsu bagi syarikat Yihao Cyber ​​Technologies, kepada beberapa institusi kewangan dan pihak berkuasa di sini.

Syarikat tersebut adalah pembangun perisian dan aplikasi telefon bimbit yang didaftar pada 3 Januari 2017, menurut pemfailan dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).  

Su, yang dikatakan terjun dari balkoni tingkat dua Banglo Kelas Baik (GCB) untuk mengelak daripada ditangkap, kini berdepan 14 tuduhan, naik daripada dua tuduhan sebelum ini – satu kerana mengelak penangkapan dan satu lagi kerana pengubahan wang haram, lapor The Business Times (BT).


Tuduhan pengubahan wang haram ke atasnya dipinda untuk menyatakan Su menerima faedah sekitar $2.4 juta daripada perjudian jarak jauh yang menyalahi undang-undang, yang disimpan dalam akaun bank OCBC, melalui 10 transaksi berasingan dari Januari hingga Oktober 2021.

Akaun bank itu milik Yihao Cyber ​​Technologies. Su adalah pengarah dan pemegang saham syarikat tersebut sejak Januari 2017.

Antara tuduhan baru tersebut, satu mendapati Su, melalui Yihao Cyber ​​Technologies, mempunyai hampir $440,000 daripada hasil jenayah yang disimpan dalam akaun DBS, manakala tuduhan ketiga menyatakan dia mempunyai hampir $1 juta hasil jenayah dalam akaun Yihao Cyber ​​Technologies di UOB.

Dia juga didakwa terlibat dalam konspirasi dengan seorang bernama Wang Junjie untuk membuat pernyataan palsu kepada Iras dari 2020 hingga 2022 mengenai “nilai sebenar dan tepat” bagi pendapatan, keuntungan kasar dan jumlah wang dagangan belum diterima syarikat tersebut bagi Tahun Kewangan 2019, 2020 dan 2021.

Sebelum ini, Wang adalah individu berdaftar dan berkelayakan (RQI) di ejen pemfailan, LW Consultancy, tetapi kedua-dua pendaftaran bagi dirinya dan LW Consultancy dibatalkan oleh Acra pada Januari.

Wang dan Su juga dikatakan berkomplot untuk membuat pernyataan palsu mengenai penyata kewangan Yihao Cyber ​​Technologies bagi Tahun Kewangan 2021 kepada MOM pada Mei 2022.

Pada 2022, mereka berdua juga dituduh menyerahkan penyata kewangan palsu syarikat tersebut bagi 2021 kepada DBS dan UOB, dengan tujuan membuka akaun bank korporat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >