Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ubat kumur agihan Yayasan Temasek: Ambil di 25 cawangan Singapore Pools

Nov 19, 2021 | 5:30 AM
UBAT KUMUR: Bunuh kuman sakit tekak.
UBAT KUMUR: Bunuh kuman sakit tekak. -

ISI rumah boleh mendapatkan sebotol ubat kumur dari 25 cawangan Singapore Pools di serata negara mulai Isnin.

Ubat kumur povidone-iodine (PVP-I) yang diagih di bawah inisiatif Stay Prepared Yayasan Temasek itu berupaya membunuh kuman yang menyebabkan sakit tekak dan bertujuan mengurangkan penularan penyakit.

Singapore Pools mengumumkan pengagihan ubat kumur itu semalam. Agihan dijalankan hingga 12 Disember, antara 10 pagi dengan 5 petang setiap hari.

Mereka yang berminat boleh menempah tarikh, masa dan lokasi mendapatkan ubat kumur dalam botol 250 ml itu dengan menghantar mesej "hello" melalui WhatsApp ke nombor 9099-6600, atau ke laman web https://stayprepared.sg/staywell/register/.

Orang ramai perlu menunjukkan bil SP atau nombor akaun mereka, dan e-mel atau WhatsApp pengesahan untuk mendapatkan ubat kumur itu di lokasi pilihan mereka.

Kakitangan relawan daripada Singapore Pools akan mengendalikan usaha pengagihan ubat kumur itu di luar cawangan tertentu.

Selain itu, relawan Kementerian Kewangan (MOF), Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), Jabatan Akauntan Negara, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS), pertubuhan relawan warga emas RSVP Singapore, Kastam Singapura, Singapore Turf Club dan Lembaga Tote Singapura akan membantu dalam pengagihan ubat kumur itu.

Sedang Singapura menyesuaikan diri untuk hidup dengan endemik Covid-19, Ketua Eksekutif Singapore Pools, Encik Lam Chee Weng, berkata mereka berterima kasih bagi sokongan rakan kerja mereka dalam usaha kolektif ini untuk mengagih ubat kumur bagi memastikan kesihatan dan keselamatan masyarakat.

Penduduk boleh berkumur dua hingga empat kali sehari apabila mereka mula berasa sakit tekak atau untuk menjaga kebersihan mulut, kata Yayasan Temasek sebelum ini.

Beberapa kajian menunjukkan ubat kumur PVP-I boleh menghalang virus Sars Cov-2 yang menyebabkan Covid-19 daripada melekat pada tisu oral dan nasofaringeal serta mengurangkan jumlah partikel virus dalam air liur dan titisan pernafasan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg