Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ubat remdesivir boleh digunakan untuk rawat pesakit Covid-19 di S'pura

Jun 10, 2020 | 6:02 PM
BOLEH DIGUNA: Hanya ubat remdesivir sahaja, yang telah menunjukkan keberkesanan dalam merawat pesakit Covid-19 sewaktu percubaan klinikal. - FOTO: REUTERS
BOLEH DIGUNA: Hanya ubat remdesivir sahaja, yang telah menunjukkan keberkesanan dalam merawat pesakit Covid-19 sewaktu percubaan klinikal. - FOTO: REUTERS -

UBAT pencegahan virus remdesivir kini boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 yang menghidap simptom serius di Singapura.

Ini menjadikan Singapura antara satu daripada pelbagai negara pertama yang telah membenarkan penggunaan ubat itu untuk merawat pesakit Covid-19.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata pada Rabu (10 Jun) bahawa ia telahpun memberikan kelulusan bersyarat bagi para spesialis penyakit berjangkit untuk mentadbirkan ubat remdesivir yang dihasilkan Gilead Sciences itu kepada beberapa pesakit, lapor The Straits Times (ST).

Tambahan pula, hanya ubat remdesivir sahaja, yang telah telah menunjukkan keberkesanannya dalam merawat pesakit Covid-19 sewaktu percubaan klinikal.

Sebahagian kelulusan bersyarat itu, firma Gilead perlu mengumpulkan maklumat keselamatan serta memantau penggunaan dadah itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg