Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ucapan takziah Presiden Tharman Shanmugaratnam kepada Presiden Dr Mahmoud Abbas

Oct 18, 2023 | 11:57 PM
LAHIR RASA SIMPATI: Encik Tharman Shanmugaratnam melahirkan rasa simpatinya terhadap mereka yang cedera dan keluarga yang berduka menyusuli situasi kemanusiaan yang teruk di Jaluran Gaza.
LAHIR RASA SIMPATI: Encik Tharman Shanmugaratnam melahirkan rasa simpatinya terhadap mereka yang cedera dan keluarga yang berduka menyusuli situasi kemanusiaan yang teruk di Jaluran Gaza. - Foto fail

Presiden Tharman Shanmugaratnam telah menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Penguasa Palestin, Dr Mahmoud Abbas dengan melahirkan rasa simpatinya terhadap mereka yang cedera dan keluarga yang berduka menyusuli situasi kemanusiaan yang teruk di Jaluran Gaza.

Dalam surat takziahnya itu pada Rabu malam, Encik Tharman melahirkan keprihatinannya terhadap situasi tersebut serta kehilangan jiwa yang besar dan kesengsaraan yang dialami orang awam yang tidak bersalah.

“Ini timbul menyusuli operasi ketenteraan Israel sebagai respons kepada serangan oleh Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober.

“Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan rasa simpati mendalam kepada mereka yang cedera dan keluarga yang berduka,” katanya.

Dalam suratnya itu, beliau turut menggesa semua pihak agar melakukan yang terbaik untuk melindungi keselamatan dan keamanan orang awam, dengan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan membenarkan penghantaran segera bantuan kepada orang awam yang terjejas di Jaluran Gaza.

“Singapura kekal yakin bahawa konflik Israel dengan Palestin hanya dapat diselesaikan menerusi perbincangan huraian dua negara yang konsisten dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan, mengupayakan warga Palestin dan Israel hidup aman serta selamat dan bermartabat.

“Saya harap semua pihak akan mencari jalan ke arah sasaran yang kritikal ini,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg