Premium
Ucapan tepat dan seimbang
Penganalisis: Pendekatan lebih mendalam diperlukan untuk elak masyarakat daripada terjebak dengan ideologi pelampau
Jan 20, 2016 | 5:30 AM
BEBERAPA anggota masyarakat Melayu/Islam menyifatkan ucapan tegas Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengenai perhubungan antara agama semalam sebagai tepat dan seimbang di tengahtengah ancaman pengganasan yang meningkat di rantau ini.
Dengan berita serangan pengganas mengisi ruang dada akhbar hampir setiap minggu, termasuk yang berlaku di Jakarta Jumaat lalu, beberapa penganalisis memberitahu Berita Harian bahawa pendekatan masyarakat yang lebih mendalam diperlukan bagi memerangi pengganasan.

