Topik diikuti
Pergi ke BHkuUgut kongsi gambar lucah bekas kekasih: Lelaki dipenjara 3 bulan, 3 minggu
Ugut kongsi gambar lucah bekas kekasih: Lelaki dipenjara 3 bulan, 3 minggu
Ugut kongsi gambar lucah bekas kekasih: Lelaki dipenjara 3 bulan, 3 minggu
SEORANG lelaki semalam dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan dan tiga minggu atas beberapa kesalahan termasuk mengugut mahu menyebar gambar lucah seorang wanita yang sudah berumah tangga yang menjalin hubungan sulit dengannya.
Pesalah berusia 29 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti wanita berusia 32 tahun itu, tidak gembira apabila wanita itu ingin menamatkan hubungan mereka November lalu.
Dia kemudian memberitahu wanita tersebut bahawa dia akan menghantar gambar dan video tidak senonoh kepada keluarga dan rakan-rakannya.
Lelaki itu telah mengaku bersalah sebelum ini atas dua tuduhan jenayah, iaitu ugutan dan pencerobohan.
Pasangan tersebut mula menjalin hubungan intim September tahun lalu. Pada tempoh itu, lelaki tersebut telah merakam sekurang-kurangnya tujuh video yang melibatkan mereka dalam aktiviti seksual secara konsensual, lapor The Straits Times.
Wanita itu juga telah mendedahkan tubuhnya kepada lelaki itu semasa satu panggilan video, di mana lelaki itu telah mengambil beberapa tangkap layar panggilan tersebut.
Mahkamah mendapat tahu bahawa wanita itu menyedari tindakan dan keinginan lelaki itu untuk merakamnya dan tidak membantah.
Selain itu, dia juga memberi lelaki itu satu set kunci ke apartmen peribadinya.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sunil Nair berkata: "Pihak tertuduh tidak menerima keputusan mangsa dan menegaskan hubungan itu diteruskan. Antara lain, tertuduh telah mengancam untuk mencederakan dirinya dan juga telah muncul di beberapa acara tanpa diundang di pelbagai lokasi untuk mengejutkan mangsa.
"Tertuduh juga mengatakan bahawa dia akan memberitahu keluarga mangsa, termasuk suami dan anak-anaknya, dan kawan-kawannya mengenai hubungan mereka."
Pada 3 Februari dan 4 April tahun ini, lelaki itu telah ke unit kondominium mangsa walaupun dia tahu wanita itu tidak mahu bertemu dengannya.
Kededua kali, pesalah telah mengugut akan menyebarkan gambar lucah kepada keluarga dan rakannya, lalu mangsa melaporkan kepada polis.
DPP berkata: "Tertuduh juga memberitahu mangsa bahawa dia tidak mahu menyembunyikan hubungan mereka dan ingin memuatnaik gambar-gambar yang mereka ambil bersama anak-anak mangsa, ke akaun peribadinya."
Bagaimanapun, lelaki itu telah ke kompleks kondominium bekas kekasihnya sekali lagi pada 10 Mei lalu dan ditahan setelah dilihat berkeliaran di sekitar bloknya.
