SEMUA pesakit berusia 13 tahun ke atas yang ke klinik dengan gejala jangkitan pernafasan akut mulai 1 Julai akan diuji bagi Covid-19, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong semalam.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha Singapura untuk merancakkan ujian sedang negara ini beralih ke fasa kedua.