Ujian Covid-19 di Blok 105 Henderson Crescent: 7 positif dari 591 yang diuji

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ujian Covid-19 di Blok 105 Henderson Crescent: 7 positif dari 591 yang diuji

Jun 29, 2021 | 5:30 AM

Ujian Covid-19 di Blok 105 Henderson Crescent: 7 positif dari 591 yang diuji

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
- Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
- Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

SERAMAI tujuh individu didapati positif bagi jangkitan Covid-19 dalam kalangan 591 penduduk dan pelawat ke Blok 105 Henderson Crescent yang menjalani pengujian, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam, yang telah melengkapkan pengujian di sana.

Baki 584 individu yang diuji pula didapati negatif.

Dalam kenyataannya semalam, MOH berkata ia juga telah melengkapkan pengujian di 66 Eng Watt Street. Semua 145 penduduk dan pelawat ke sana telah diuji dan didapati negatif bagi jangkitan Covid-19.

Semalam, operasi pengujian Covid-19 diteruskan di Bukit Merah, di mana para penduduk beberapa flat menjalani ujian Covid-19 mandatori yang bermula sekitar 9 pagi.

Ini selepas MOH berkata pada malam Ahad bahawa empat penduduk dari tiga isi keluarga di Blok 103, Henderson Crescent, telah diuji positif koronavirus.

Sehingga malam Ahad, terdapat 12 kes yang berkaitan dengan kelompok Henderson Crescent dan 91 kes bagi kelompok di Bukit Merah View.

Bagi mengesan kemungkinan kes asimptomatik dalam masyarakat, mereka yang berinteraksi dengan penduduk di Blok 103 Henderson Crescent di antara 7 Jun dengan 26 Jun, digalak supaya mengambil ujian Covid-19 (gambar kiri).

Mereka boleh membuat janji temu di pusat imbasan serantau di antara Isnin dengan Selasa (hari ini, 29 Jun), atau ke pavilion di Blok 104B pada hari ini.

Di Lengkok Bahru yang berjarak sekitar 12 minit, operasi ujian swab juga dijalankan pagi semalam. Sehingga 12.20 tengah hari, terdapat 12 orang sedang beratur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg