Ujian guna telefon bijak tempah kenderaan autonomi di Sentosa
Premium
Ujian guna telefon bijak tempah kenderaan autonomi di Sentosa
Jun 6, 2018 | 5:30 AM
UJIAN: ST Engineering dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Sentosa Development Corporation sedang menguji kenderaan autonomi di Sentosa. Penumpang kelak boleh menempah kenderaan sedemikian untuk bersiar-siar di Sentosa. - Foto MOT -
MULAI tahun depan, pengunjung ke Sentosa boleh menggunakan telefon bijak mereka untuk mendapatkan khidmat kenderaan ulang alik yang akan membawa mereka keliling pulau tersebut.
Percubaan yang akan berlangsung selama tiga bulan itu akan menyaksikan empat kenderaan - dua bas mini yang boleh memuatkan 22 orang dan dua kenderaan yang boleh memuatkan 15 orang - membawa kakitangan dan pelancong sepanjang laluan lima kilometer di pulau itu.

