Ujian mandatori Covid-19 di Ang Mo Kio, West Coast Drive

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ujian mandatori Covid-19 di Ang Mo Kio, West Coast Drive

117 kes Covid-19 dalam masyarakat, 42 tiada kaitan: MOH
Aug 1, 2021 | 5:30 AM

Ujian mandatori Covid-19 di Ang Mo Kio, West Coast Drive

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
680f14cd-ea52-4d47-8ccf-36c663dfb8b5
-

KESEMUA penduduk di Blok 556 Ang Mo Kio Avenue 10 dan Blok 510 West Coast Drive perlu menjalani ujian mandatori Covid-19 bagi mengesan kes jangkitan dalam masyarakat.

Ini selepas 17 kes dikesan di kawasan-kawasan tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Daripada jumlah itu, tujuh kes dikesan di lima isi keluarga di Ang Mo Kio dan 10 kes dikesan di lima isi keluarga di West Coast Drive.

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan bagi menentukan kaitan dan sumber jangkitan, tambah MOH.

Ujian adalah pilihan bagi mereka yang telah menguji negatif untuk jangkitan mulai 27 Julai dan seterusnya.

Ujian mandatori akan dilakukan pada 1 Ogos 2021 antara 9 pagi dan 4 petang, di Pusat Pemeriksaan Wilayah di 8 Ang Mo Kio Street 54 (bekas Sekolah Rendah Da Qiao) dan paviliun di sebelah 510 West Coast Drive.

Risalah telah diedarkan dan pemberitahuan SMS telah dihantar kepada penduduk untuk memberi mereka lebih banyak maklumat.

Terdapat 117 kes baru Covid-19 dalam masyarakat semalam, termasuk 42 kes yang tidak berhubung kait.

Ini termasuk 26 kes dalam kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP), menjadikan keseluruhan kes 1,025 kes di sana sehingga tengah hari semalam.

Lagi satu lagi kes baru dikaitkan dengan kelompok KTV.

Dengan 120 kes terbaru, terdapat 64,981 kes Covid-19 di Singapura pada masa ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg