Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ujian swab boleh dilakukan menerusi pandu lalu

Jun 4, 2020 | 12:19 PM
Kemudahan ujian swab Covid-19 pandu lalu di Hotel One Farrer membolehkan orang ramai untuk diuji sambil mereka duduk di kereta mereka atau di reruai ujian swab berdekatan.
Kemudahan ujian swab Covid-19 pandu lalu di Hotel One Farrer membolehkan orang ramai untuk diuji sambil mereka duduk di kereta mereka atau di reruai ujian swab berdekatan. - YAYASAN TEMASEK

SEDANG Singapura merancakkan usaha mengesan koronavirus, kemudahan ujian pandu lalu pertama telah dilancarkan di Hotel One Farrer, yang telah diubah menjadi kemudahan hospital sementara.

Selain mendapatkan ujian swab Covid-19 sambil duduk di dalam kereta, orang ramai boleh memilih untuk menggunakan reruai swab berdekatan.

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) telah bekerjasama dengan Hospital Farrer Park bagi daya usaha itu, katanya kepada The Straits Times semalam.

Difahamkan pesakit di sana adalah mereka yang memerlukan ujian tambahan untuk mengesahkan keputusan lebih awal.

Yayasan Temasek semalam berkata, ia telah bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan OneCare Medical, Parkway Pantai dan The Farrer Park Company untuk menjalankan ujian swab di pelbagai tempat sebagai sebahagian usaha negara untuk meningkatkan kapasiti untuk ujian swab.

Yayasan itu menambah bahawa hospital Gleneagles, Mount Elizabeth dan Parkway East daripada Parkway Pantai telah diuji untuk pemasangan pandu lalu, dan lebih pandu lalu sebegini boleh ditetapkan di hospital ini jika perlu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg