Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ujian teori dalam talian wajib bagi pengguna e-skuter, e-basikal mulai 30 Jun: LTA

Apr 30, 2021 | 5:35 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

UJIAN teori dalam talian diwajibkan bagi pengguna skuter elektrik dan basikal elektrik mulai 30 Jun, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (30 April).

Buku panduan bagi kedua-dua ujian teori telah diterbitkan dalam talian dan akan meliputi tiga modul bagi kedua-dua kumpulan pengguna.

Maklumat umum mengenai alat mobiliti aktif, praperjalanan dan pemeriksaan alat serta undang-undang dan kod tatacara bagi menggunakan alat ini boleh diperolehi dalam buku panduan berkenaan.

Dalam satu lampiran pos Facebook, LTA berkata ujian teori ini terdiri daripada soalan berbilang pilihan dan boleh diperolehi dalam talian.

Maklumat lanjut akan disediakan pada tarikh mendatang.

Pengumuman LTA ini dibuat selepas Panel Penasihat Mobiliti Aktif buat pertama kalinya pada September 2019 mengusulkan ujian wajib diadakan menyusuli beberapa kemalangan melibatkan alat mobiliti aktif dan kematian seorang penunggang basikal selepas bertembung dengan pengguna e-skuter yang memecut laju. E-skuter itu didapati tidak memenuhi ketetapan.

Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, dalam pos Facebook, berasingan pada Rabu (28 April) berkata ujian ini akan membantu usaha pendidikan awam bagi menggalak pengguna agar menaiki kenderaan mereka dengan selamat.

"Ujian ini adalah langkah penting dalam memastikan pengguna e-skuter dan basikal yang dibantu kuasa akur akan undang-undang mobiliti aktif dan kod tatacara serta boleh berkongsi ruang secara selamat dan bertanggungjawab dengan pengguna laluan dan jalanan lain," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg