Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ujian wajib bagi penghuni Blok 91 Henderson Road lepas 5 kes Covid-19 ditemui

Jul 1, 2021 | 5:30 AM
LANGKAH KESAN JANGKITAN: Penduduk Blok 91 Henderson Road beratur bagi ujian swab Covid-19 di sebuah ruang umum berdekatan semalam. - Foto BH oleh GAVIN FOO
LANGKAH KESAN JANGKITAN: Penduduk Blok 91 Henderson Road beratur bagi ujian swab Covid-19 di sebuah ruang umum berdekatan semalam. - Foto BH oleh GAVIN FOO -

UJIAN wajib Covid-19 bagi penduduk di Blok 91 Henderson Road bermula semalam. Ini setelah Kementerian Kesihatan (MOH) mengesan lima jangkitan Covid-19 dalam kalangan tiga isi rumah di blok itu.

"Siasatan epidimiologi sedang dijalankan demi menentukan kaitan dan sumber jangkitan," kata MOH.

Ujian wajib dilakukan di pavilion di 96B Henderson Road semalam dan hari ini dari 9 pagi dengan 4 petang.

Ia tidak wajib bagi penduduk yang didapati negatif bagi Covid-19 mulai 25 Jun.

Demi mengesan kes asimtomatik, atau tiada gejala, yang mungkin wujud dalam masyarakat, MOH juga akan menjalankan ujian sukarela bagi pengunjung serta mereka yang telah berinteraksi bersama penduduk Blok 91 antara 9 dengan 28 Jun.

Ujian akan dijalankan berdasarkan temu janji sahaja di pusat pemeriksaan sementara semalam dan hari ini atau di pavilion Blok 96B Henderson Road pada Khamis, antara 9 pagi dengan 4 petang.

Untuk membuat temu janji atau mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang terjejas boleh menghubungi 1800-333-9999.

MOH berkata semua penduduk mesti membawa kad pengenalan mereka untuk tujuan pengenalan diri.

Sementara itu, penduduk disarankan mengawasi kesihatan mereka dengan teliti dan segera berjumpa doktor sekiranya mereka berasa tidak sihat.

Mereka yang masih menunggu keputusan ujian harus mengurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg