Ujian wajib Covid-19 yang kedua dalam seminggu bagi penduduk di blok AMK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ujian wajib Covid-19 yang kedua dalam seminggu bagi penduduk di blok AMK

Aug 8, 2021 | 5:30 AM

Ujian wajib Covid-19 yang kedua dalam seminggu bagi penduduk di blok AMK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
d15570e1-12f1-4ae1-99f1-652203a3371c
-

KEMENTERIAN Kesihatan (MOM) mengumumkan semalam bahawa penduduk di Blok 556, Ang Mo Kio Avenue 10 perlu mengambil ujian Covid-19 yang wajib buat kali kedua dalam tempoh seminggu.

Ini setelah MOH menyatakan terdapat beberapa kes Covid-19 yang baru di blok itu sejak ujian Covid-19 pertama dilaksanakan pada 1 Ogos lalu.

Ia akan menjalankan ujian itu bagi mengenal pasti jika terdapat kes yang masih diinkubasi sejak pusingan pertama ujian itu dilaksanakan.

Ujian wajib itu akan diadakan hari ini dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 1 petang hingga 4 petang di pusat ujian di bekas bangunan Sekolah Rendah Da Qiao.

Sehingga 12 tengah hari semalam, MOH mengesahkan 75 kes Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat.

Menurut MOH dalam kenyataannya, 50 kes berkait dengan kes terdahulu dan sudah dikuarantin.

Sembilan kes pula berkait dengan kes lalu dan dikesan menerusi pemantauan manakala 16 kes tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

MOH menambah dalam kalangan kes ini, tiga merupakan warga emas berusia 70 tahun ke atas yang belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan vaksin lantas mengalami risiko menghidapi penyakit serius.

Terdapat enam kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.

Keseluruhannya, MOH mengenal pasti 81 kes jangkitan Covid-19 baru semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg