Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ular sawa di pasar Bukit Batok

Apr 28, 2018 | 6:43 PM
Video yang disiarkan oleh pengguna Facebook Sunny Rajah menunjukkan ular sawa besar melingkar di alur sebuah atap bumbung. Encik Rajah kemudian menyiarkan gambar orang ramai "semua menunggu ular keluar".
Video yang disiarkan oleh pengguna Facebook Sunny Rajah menunjukkan ular sawa besar melingkar di alur sebuah atap bumbung. Encik Rajah kemudian menyiarkan gambar orang ramai "semua menunggu ular keluar". - Foto FACEBOOK / SUNNYRAJAH

SEEKOR ular sawa sesat menyebabkan kekecohan di sebuah pasar basah di Bukit Batok pada pagi Sabtu (28 April), dengan ramai orang berkumpul untuk mengambil gambar dan video reptilia itu.

Video yang dipaparkan oleh pengguna Facebook Sunny Rajah menunjukkan ular besar itu melingkar di alur sebuah bumbung.

Encik Rajah kemudian menyiarkan gambar orang ramai, kira-kira 30 hingga 40 orang, "semua menunggu ular itu keluar".

Encik Kalai Vanan, timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan penyelamat hidupan liar Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres), memberitahu akhbar The Straits Times, kumpulan itu menerima panggilan mengenai ular sawa tersebut pada pagi Sabtu.

"Ia ular sawa tempatan yang ditemui di pasar basah," katanya. "Kami percaya ular sawa itu sedang makan tikus apabila ia mula-mula dilihat. Ular itu telah kembali ke jurang bumbung dan tidak dapat ditemui lagi."

Beliau menambah bahawa "tidak ada apa-apa yang perlu dikhuatiri".

"Tikus dan burung kecil biasa menggunakan kawasan bumbung sebagai rumah dan ular itu mungkin memutuskan untuk tinggal di sana untuk mencari makanan," katanya.

Acres menggesa orang ramai supaya tidak terkejut, dan menasihati mereka jangan mengusik atau menagani ular itu.

Sesiapa yang menemui ular itu boleh menghubungi Acres menerusi 9783-7782.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg