Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Umno siasat individu rakam video Muhyiddin

May 22, 2015 | 12:17 PM
-

KUALA LUMPUR: Umno dalam proses menyiasat individu yang merakam video ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan Umno (ILMU) di Janda Baik, Sabtu lalu.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusuf berkata, siasatan yang diketuai Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.

"Datuk Zahid sedang menjalankan siasatan untuk mencari individu yang membuat rakaman semasa perjumpaan tertutup berkenaan.

"Jelas peraturan di ILMU sudah tidak dipatuhi individu berkenaan, ia merupakan satu kesalahan jika ada yang merakam lebih-lebih lagi menyebarkan rakaman video berkenaan," katanya ketika menghubungi Astro Awani hari ini.

Pada Sabtu lalu, Tan Sri Muhyiddin dilapor meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam video itu, Tan Sri Muhyiddin turut menyeru supaya polis menyiasat syarikat tersebut. - Astro Awani

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg