Umrah terkandas: Dua GSA belum dapat kepastian tarikh berangkat baru; satu sudah ke Jeddah
Premium
Umrah terkandas: Dua GSA belum dapat kepastian tarikh berangkat baru; satu sudah ke Jeddah
Nov 19, 2023 | 9:09 PM
PENERBANGAN DITUNDA: Jemaah yang seharusnya berlepas ke Jeddah pada Jumaat mengambil bagasi mereka setelah mendapat tahu penerbangan terpaksa ditunda disebabkan masalah teknikal. - Foto HOSNI MD HANAPI
Sebilangan jemaah yang terkandas di Singapura pada Jumaat ekoran pesawat yang menghadapi masalah teknikal telah selamat berangkat ke Jeddah, Arab Saudi, namun masih ada sesetengah lagi daripada mereka yang terus menantikan perkembangan lanjut tentang jadual penerbangan mereka seterusnya hingga Ahad malam.
Ini menyusuli masalah teknikal yang dihadapi pesawat syarikat penerbangan Saudia SV837 yang telah menyebabkan penerbangan tersebut terpaksa ditunda dan menjejas perjalanan seramai 120 jemaah dari empat ejen pelancongan yang termasuk YBD - sebuah syarikat berpangkalan di Arab Saudi - Shahidah Travel & Tours, Travel Connect dan Syukran Travel & Tours.
Laporan berkaitan
Umrah terkandas: Jemaah masih belum berangkat tetap sabar, sedia buat penyesuaianNov 19, 2023 | 8:42 PM
Lebih 120 jemaah umrah terkandas di S’pura bila pesawat hadapi isu teknikal Nov 17, 2023 | 10:25 PM

