Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Unit baru polis siasat jenayah seksual, keganasan keluarga

Apr 12, 2022 | 4:02 PM
(Dari kiri) Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, Encik Shanmugam, Pengerusi dan pengarah SG Her Empowerment Limited (SHE), Cik Stefanie Thio dan Setiausaha Parlimen Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam mengunjungi pameran jenayah seksual di Kompleks Cantonment Polis.
(Dari kiri) Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, Encik Shanmugam, Pengerusi dan pengarah SG Her Empowerment Limited (SHE), Cik Stefanie Thio dan Setiausaha Parlimen Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam mengunjungi pameran jenayah seksual di Kompleks Cantonment Polis. - KUA CHEE SIONG

UNIT polis baru yang dikhaskan bagi menyiasat semua kes jenayah seksual dan keganasan keluarga bakal dibentuk bagi memastikan mangsa menerima bantuan dan sokongan yang lebih tertumpu. Komand Jenayah Seksual dan Keganasan Keluarga, yang bakal beroperasi tahun depan, dianggotai kakitangan polis yang terlatih khusus dalam kededua bidang tersebut serta dilengkapi kemahiran menguruskan mangsa kes-kes itu. Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada bidang tumpuan Semakan Jenayah Seksual, merangkumi proses siasatan dan operasi, latihan bagi kakitangan serta kerjasama dengan rakan kongsi masyarakat. Mengumumkan pembentukan unit itu, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam berkata pemerintah mengambil pendekatan yang tegas dalam mengendalikan kesalahan seksual. "Kami telah membuat banyak perubahan pada tahun-tahun sebelum ini, dari segi undang-undang dan juga proses untuk memastikan kita boleh mengendalikan isu ini dengan baik. "Pihak polis juga aktif dalam menyemak proses-proses yang terlibat. Mereka juga mengambil langkah aktif dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai serangan seksual dan apa yang boleh dilakukan orang ramai dan juga mangsa," katanya dalam ucapan yang disampaikan semasa Seminar Kesedaran Serangan Seksual yang diadakan di Kompleks Kompleks Cantonment Polis.

Seminar yang diadakan buat julung kali itu dihadiri pegawai polis dan wakil dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan badan-badan lain. Encik Shanmugam juga telah mengumumkan bahawa pihak polis akan memperhalusi latihan bagi kakitangannya supaya mereka berupaya bertindak dengan lebih baik terhadap kes-kes jenayah seksual. Ini termasuk mengadakan seminar di mana pegawai akan mempelajari tentang amalan terbaik dalam mengendalikan kes-kes seperti itu. Buat masa ini, kes serangan seksual disiasat oleh unit khusus dalam Pasukan Polis Singapura (SPF), dengan kes-kes rogol dipimpin Cabang Jenayah Seksual Serius. Terdapat sebanyak 9,200 laporan serangan seksual, termasuk rogol, mencabul kehormatan dan kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak dan mangsa yang lebih terdedah, menurut polis. Pesalah dalam 869 kes-kes itu terdiri daripada anggota keluarga atau saudara mara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg