Uplift tingkat pencapaian pelajar dari keluarga susah
UPLIFT (Uplifting Pupils in Life and Inspiring Families Taskforce) atau Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga merupakan sebuah pasukan bertindak antara kementerian yang dipimpin oleh Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.
Bermula pada September 2018, Uplift bertujuan mengukuhkan sokongan bagi para pelajar daripada golongan keluarga kurang bernasib baik.
Ini boleh melibatkan pembelajaran yang diperluas, sokongan pendidikan atau motivasi bagi pelajar, atau sokongan sosial dan masyarakat buat keluarga mereka.
Uplift bekerjasama dengan Kumpulan Bantu Diri, Agensi Khidmat Sosial, dan beberapa syarikat sosial serta pihak korporat, di mana sekolah boleh memanfaatkan usaha dan sumber masyarakat. Ini bagi menyokong pelajar menerusi inisiatif seperti pendamping, khidmat mentoring dan program pengayaan.

