Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

URA: Bangunan kilang botol lama National Aerated Water Co di Serangoon akan dipulihara

Dec 15, 2017 | 1:38 PM
KAYA DENGAN WARISAN: Bangunan kilang lama National Aerated Water Co di Serangoon Road ini akan dipulihara.
KAYA DENGAN WARISAN: Bangunan kilang lama National Aerated Water Co di Serangoon Road ini akan dipulihara. - Foto THE STRAITS TIMES

BANGUNAN utama sebuah kilang botol lama, National Aerated Water Co, akan dipulihara sebahagiannya oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Bangunan utamanya merangkumi sebuah struktur dua tingkat berbentuk 'L' yang menghadap Serangoon Road.

Bangunan yang dipulihara itu akan disepadukan dengan sebuah pembangunan perumahan baru.

Menerusi kenyataannya hari ini (15 Disember), URA berkata pemilik baru bangunan tersebut iaitu Selangor Dredging menyambut baik usaha pemuliharaan itu dan sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk memelihara bangunan itu sebagai sebahagian sejarah negara ini.

Pengarah urusan Selangor Dredging, Cik Teh Lip Kim, berkata bangunan itu akan diubah menjadi satu kawasan komersial yang unik dan bersemangat, bersebelahan sebuah penghubung taman dekat Sungai Kallang.

Ketua Eksekutif URA, Encik Lim Eng Hwee, berkata bangunan itu bukan sahaja penting dari segi sejarah tetapi ia mempunyai banyak kenangan manis bagi warga Singapura.

Bangunan itu antara lain pernah menjadi tempat minuman ikonik seperti Sinalco, Kickapoo Joy Juice dan Royal Crown Cola dibotolkan suatu masa dahulu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg