URA warta pulihara 8 rumah kedai di Jalan Besar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

URA warta pulihara 8 rumah kedai di Jalan Besar

May 26, 2018 | 5:30 AM

URA warta pulihara 8 rumah kedai di Jalan Besar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DIPULIHARA: Antara lapan bangunan yang akan diwartakan bagi status pemuliharaan ialah 593 Serangoon Road. Bangunan itu terkenal dan terletak di simpang Serangoon Road dan Balestier Road. - Foto URA
DIPULIHARA: Antara lapan bangunan yang akan diwartakan bagi status pemuliharaan ialah 593 Serangoon Road. Bangunan itu terkenal dan terletak di simpang Serangoon Road dan Balestier Road. - Foto URA -

LAPAN rumah kedai di Jalan Besar akan diwartakan bagi status pemuliharaan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Bangunan terlibat beralamat 593 Serangoon Road, 458 Race Course Road dan 1 hingga 11 Balestier Road.

Pemuliharaan lapan rumah kedai itu akan melengkapi kelompok bangunan warisan sepanjang Serangoon Road, Race Course Road dan Tessensohn Road.

Langkah itu juga dijangka menambahkan keunikan dan sejarah kepada Kawasan Pemuliharaan Jalan Besar, kata URA dalam kenyataannya.

Kebanyakan rumah kedai tersebut, yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua, menampilkan gaya seni bina 'Art Deco' yang mencerminkan pemodenan Singapura.

Antara rumah kedai gaya 'Art Deco' terkenal itu ialah 593 Serangoon Road, di simpang Serangoon Road dan Balestier Road.

Sejak 1952 juga, bangunan dua tingkat itu menempatkan Institut Sains Singapura, yakni antara institusi pertama negara yang mengadakan kelas makmal sains.

Pemilik hartanah 593 Serangoon Road, Encik Teng Tieu Guan, yang juga membesar di kawasan itu, berkata beliau gembira bangunan itu akan dipulihara.

Datuk dan neneknya mengendalikan kedai kopi di tingkat satu pada 1970-an lalu membeli bangunan tersebut pada 1980-an.

"Setelah menetap di situ berdekad lamanya, kami rasa amat sayang dengan kawasan ini. Mengekalkan warisan dibina membantu menyatukan masyarakat dan memulihara rumah kedai ini sesuatu yang datuk dan nenek saya selalu inginkan," kata Encik Teng.

Sebagai sebahagian kajian URA di kawasan itu, lagi 24 bangunan - 278 hingga 324 (nombor genap) Lavender Street - telah dikenali pasti dan ditinjau bagi kemungkinan melalui pemuliharaan.

Bangunan tersebut ialah tiga blok rumah kedai dengan gaya seni bina 'Art Deco' di sebelah utara Lavender Street.

Maklum balas kini sedang dikumpul daripada pemilik, kumpulan warisan dan masyarakat sebagai sebahagian proses perundingan awam.

URA menambah bahawa pihaknya bekerjasama dengan pemilik, pihak berkepentingan dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang warisan dibina menerusi perkongsian cerita.

Orang ramai yang berminat menjadi rakan mempromosi warisan bangunan tersebut atau mengongsi kenangan di Jalan Besar boleh menghantarkan e-mel ke alamat URA_Cons_Portal@ura.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg