Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usah hilang arah tuju dalam khidmat sosial: Masagos

Aug 25, 2023 | 8:45 PM
‘40 DI BAWAH 40’: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berjumpa dengan 40 pemimpin muda di bawah usia 40 tahun dari sektor perkhidmatan sosial.
‘40 DI BAWAH 40’: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berjumpa dengan 40 pemimpin muda di bawah usia 40 tahun dari sektor perkhidmatan sosial. - Foto FB/ Masagos Zulkifli

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berjumpa dengan 40 pemimpin muda di bawah umur 40 tahun dari sektor perkhidmatan sosial pada Rabu (23 Ogos).

Semasa sesi dialog itu, beliau menekankan kepentingan mewujudkan dan memperbaharui arah tujuan, terutamanya di tengah-tengah perubahan dan transformasi.

Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan, berkata: “Kita tidak boleh hilang arah tujuan.

“Sesungguhnya ia adalah kekuatan kita dalam sektor perkhidmatan sosial. Kita harus mengingatkan diri kita, serta membantu orang dan sukarelawan kita untuk memahami misi kita.

“Saya menghargai soalan mereka yang bernas, dan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua 40 pemimpin dalam perjalanan mereka.”

Program ‘40-Di Bawah-40’ ialah program kepimpinan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) yang bertujuan memperkasa pemimpin perkhidmatan sosial yang berpotensi untuk menyumbang kepada masa depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg