Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usaha bantu agensi khidmat sosial perkukuh keupayaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha bantu agensi khidmat sosial perkukuh keupayaan

Skim Kemampanan Transformasi dilancar bagi sokong agensi tarik, kekalkan bakat bidang seperti amalan tenaga kerja, pengurusan sukarelawan, pendigitalan
Feb 23, 2024 | 04:02 PM



Skim Kemampanan Transformasi (TSS) baru, yang bertujuan menyokong agensi perkhidmatan sosial (SSA) mengukuhkan keupayaan pertubuhan mereka dengan menarik dan mengekalkan bakat dalam sektor sosial, telah dilancarkan.

Ia akan memanfaatkan lebih $100 juta daripada Dana Amanah Keupayaan Masyarakat (CCT) bagi mengukuhkan keupayaan pertubuhan sektor itu dalam tempoh tiga tahun akan datang, dalam bidang utama, termasuk amalan tenaga kerja, pengurusan sukarelawan serta inovasi dan pendigitalan.

Melancarkan TSS pada 23 Februari semasa Pesta Komuniti Perkhidmat Sosial, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata skim itu mahu membangunkan SSA yang lebih teguh dan sektor sosial lebih kukuh dengan karyawan yang boleh mendapatkan kerjaya lebih bermakna.

“Kami mahu terus memberikan karyawan perkhidmatan sosial persekitaran kerja yang baik untuk berkembang maju dan menyemarakkan semangat dan komitmen mereka.

“SSA perlu kukuh dalam pelbagai bidang, seperti amalan tenaga kerja, pendigitalan dan inovasi untuk cemerlang, sama seperti pertubuhan lain.

“Saya gembira kerana SSA memberi lebih perhatian pada perkara ini dan penderma serta pertubuhan dermawan juga melihat nilai dalam memberi dana kepada bidang-bidang ini.

“Misalnya, jika SSA mendakap penyelesaian digital, karyawan perkhidmatan sosial dalam perkhidmatan langsung boleh menumpukan lebih banyak tenaga mereka untuk menyokong klien mereka,” ujar Encik Masagos.

Memberikan butiran lanjut, Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) berkata TSS menawarkan sokongan kepada SSA untuk membangunkan keupayaan pertubuhan secara holistik melalui pembiayaan hingga $200,000 dalam tempoh tiga tahun.

Melalui TSS, NCSS berusaha mengukuhkan keupayaan pertubuhan SSA bagi menyokong karyawan perkhidmatan sosial dengan lebih baik dan menyampaikan hasil perkhidmatan lebih baik.

Salah satu SSA yang mahu memanfaatkan TSS ialah Samaritans of Singapore (SOS).

Ketua Pegawai Eksekutif (COE) SOS, Encik Gasper Tan, berkata pendanaan tersebut tepat pada masanya kerana SOS mahu memulakan transformasi pertubuhan.

“TSS akan membolehkan SOS melabur dalam memperkukuh kecekapan kakitangan dan sukarelawan, di samping memastikan peningkatan kapasiti dan keupayaan untuk menangani keperluan kesihatan mental yang semakin kompleks di Singapura. Pembiayaan itu juga akan terus melengkapkan generasi pemimpin seterusnya dalam SOS,” kata Encik Tan.

Pada masa sama, NCSS juga sedang membangunkan Rangka Kerja Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Sosial baru untuk membimbing SSA mengenai kecekapan kepimpinan teras yang akan memacu keberkesanan organisasi dalam sektor tersebut.

COE NCSS, Cik Tan Li San, berkata: “Membangunkan pemimpin yang kukuh dalam agensi perkhidmatan sosial adalah penting untuk memacu kesan positif kepada pengguna perkhidmatan.


“Kepimpinan yang berkesan bukan sahaja meningkatkan keberkesanan keseluruhan agensi perkhidmatan sosial, bahkan secara langsung menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan individu dan masyarakat yang mereka sampaikan khidmat.”


Pesta Komuniti Perkhidmat Sosial dianjurkan buat julung-julung kalinya pada 23-24 Februari dan mengetengahkan pameran kerjaya dalam sektor sosial. Orang ramai boleh mengunjungi Paya Lebar Quarter Plaza untuk mengetahui lebih lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >