Topik diikuti
Pergi ke BHku'Usaha bantu pekerja satu perlumbaan tanpa garisan penamat'
Premium
'Usaha bantu pekerja satu perlumbaan tanpa garisan penamat'
Jan 15, 2018 | 5:30 AM
'Usaha bantu pekerja satu perlumbaan tanpa garisan penamat'

PRIHATIN: Encik Zainal Sapari berkata beliau lebih memahami keadaan pekerja bergaji rendah setelah menyertai politik dan bertugas sebagai Penolong Setiausaha Agung NTUC. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
Pekerja gaji rendah - pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan - menikmati kenaikan gaji hasil semakan yang diusahakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC). Semakan gaji bagi pekerja sektor landskap sedang diusahakan. Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari, memberi pencerahan tentang usaha melibatkan Jawatankuasa Tiga Pihak (Tripartite) menyemak gaji sektor penyumberan luar itu. SUHAIMI MOHSEN (suhaimi@sph.com.sg) melaporkan.
KEGAGALAN pasaran - gaji tidak memadai berbanding tugas yang diberi - mendorong Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mengambil inisiatif membetulkan keadaan bagi pekerja gaji rendah.
