Usaha dekati penduduk di 50 kejiranan dijalankan hujung minggu
Premium
Usaha dekati penduduk di 50 kejiranan dijalankan hujung minggu
Sep 4, 2016 | 5:30 AM
TURUN PADANG: Penduduk sama-sama menyertai usaha membasmi tapak pembiakan nyamuk di Yishun Street 31 semalam. - Foto PERSATUAN RAKYAT -
SEPANJANG hujung minggu ini dan minggu depan, banyak usaha mendekati penduduk bagi menerangkan tentang virus Zika bakal diadakan di sekitar 50 kejiranan di serata Singapura.
Selain kunjungan oleh Anggota Parlimen (AP) ke kawasan undi masing-masing, Persatuan Rakyat (PA) juga telah menggembleng 10,000 pemimpin akar umbi dan sukarelawan bagi membantu dalam usaha tersebut.

