Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha elak kiriman lewat dek ujian Covid-19 bagi pemandu, kelindan kargo

Jan 23, 2021 | 5:30 AM
Foto BH oleh CHONG JUN LIANG
Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -

ADA rancangan yang dilaksana bagi mengurangkan kiriman lewat yang mungkin berlaku dek syarat baru untuk mengenakan ujian Covid-19 ke atas pemandu dan kelindan kargo yang memasuki Singapura, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng.

Encik Seah berkata keadaan agak lancar walaupun ujian Covid-19 itu dimulakan 9 pagi semalam.

"Sejauh ini semuanya berjalan dengan lancar. Sebenarnya kami telah memantau (keadaan) sejak kerajaan Malaysia mengumum akan melanjutkan perintah kawalan pergerakan," kata beliau, dalam laporan The Straits Times.

Ujian Antigen Pantas (ART) itu diwajibkan ke atas pemandu dan kelindan kargo yang memasuki Singapura melalui pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands sejak semalam.

Pada peringkat awal, pemandu yang tiba di pusat pemeriksaan akan dipilih secara rawak untuk diuji, kata jurucakap Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) kelmarin.

"Kami berhasrat agar semua pemandu kargo dan kelindan menjalani ujian dalam beberapa minggu akan datang," kata jurucakap itu.

Mereka hanya dibenarkan masuk ke Singapura jika diuji negatif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg