Premium
Usaha galak membaca sebagai tabiat nasional
Jul 31, 2016 | 5:30 AM

SEMAI TABIAT MEMBACA DARIPADA KECIL: Dr Yaacob (kanan) menanyakan sesuatu kepada Allysha Maisara Kyantinor, murid K2 daripada Tadika Sparkle Tots, mengenai buku yang dibacanya sambil diperhatikan gurunya, Cik Esther Chen. - Foto ZAINAL YAHYA -
SUASANA hiruk-pikuk dalam pelancaran Hari Membaca Kebangsaan di pekarangan Perpustakaan Negara semalam bertukar menjadi sepi secara tiba-tiba apabila 300 hadirin khusyuk membaca buku mereka tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Mereka membaca untuk tujuan yang baik kerana bagi setiap 10 orang yang membaca selama 15 minit, sebuah buku akan didermakan kepada golongan yang susah dan penerima Kelab kidsREAD Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

