Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Usaha kembalikan semangat kampung dengan wadah derma dalam talian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha kembalikan semangat kampung dengan wadah derma dalam talian

Feb 13, 2024 | 05:25 PM



Satu wadah derma dalam talian baru telah disediakan untuk mengumpul wang bagi mendapatkan barangan yang diminta pekerja sosial bagi pihak isi rumah.

Ia diharap dapat memudahkan proses mendapatkan barangan dan perkhidmatan penting secara langsung bagi mereka yang memerlukan.

Sejak pelancarannya kira-kira dua minggu lalu pada 24 Januari, wadah yang dikenali sebagai KampungSpirit telah mengumpul $4,515 daripada 86 penderma, menurut laporan The Straits Times.


Wang itu digunakan untuk memenuhi 17 permintaan barangan baru seperti kerusi roda, mesin basuh dan lampin dewasa.

Wadah ini diterajui Produk Pemerintah Terbuka (OGP), bahagian bebas GovTech yang membina teknologi untuk kebaikan awam.

Menurut Pengurus Kanan Produk OGP, Encik Jan Donyada, model KampungSpirit bergantung kepada pekerja sosial yang bekerja rapat dengan isi rumah di bawah jagaan mereka, bagi meningkatkan perhatian orang ramai terhadap keperluan khusus dalam masyarakat.


Pekerja sosial paling mengetahui konteks di sebalik kes mereka, katanya.

“Merekalah yang menulis cerita di sebalik setiap penyenaraian supaya penderma mengetahui kepentingan setiap barangan yang diminta, dan bagaimana sumbangan mereka boleh memberi kesan dan meningkatkan mutu kehidupan penerima.”

Encik Jan menyatakan ia lebih mudah untuk membiaya permintaan bagi sesuatu barangan, berbanding dengan kempen derma yang besar.

Wadah ini juga meminta sumbangan untuk perkhidmatan pertukangan serta perkhidmatan pembersihan.

Idea untuk KampungSpirit diilhamkan hasil pengalaman Encik Jan menjalankan projek mengumpul dana sendiri pada November 2022.


Pusat Khidmat Keluarga Yayasan Kelab Rotary Singapura (FRCS FSC), yang berkhidmat untuk masyarakat di Clementi dan West Coast, merupakan salah satu agensi perkhidmatan sosial pertama yang menggunakan KampungSpirit.


Sehingga kini, ia telah mengemukakan lima permintaan, dan empat daripadanya telah dipenuhi dalam masa yang singkat, kata pengurus perkongsian masyarakat di FRCS FSC, Cik Stephanie Lai.

Menurut beliau, proses permintaan KampungSpirit berjalan “lancar” kerana agensi hanya perlu mengemukakan permintaan dalam wadah tersebut, yang melakukan perkara selebihnya, seperti menerbitkan penyenaraian dalam talian, mendapatkan barangan yang diperlukan dan mengatur penghantaran kepada penerima.


Secara khususnya, beliau menyatakan bahawa KampungSpirit berusaha membantu penerima mendapatkan barangan keperluan rumah yang serba baru.


KampungSpirit merupakan wadah alternatif dan tambahan yang boleh digunakan oleh pekerja sosial dan karyawan perkhidmatan sosial apabila mendapatkan barangan yang diperlukan untuk penerima kami, tambah Cik Lai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >