Premium
Usaha melestari budaya Bawean
Keluarga main peranan, persatuan beri sokongan
Sep 26, 2017 | 5:30 AM

PENGGERAK USAHA MEMELIHARA BUDAYA: Presiden Persatuan Bawean Singapura, Encik Faizal Wahyuni (tengah), bersama dua pemimpin veteran dalam persatuan itu, Encik Mohd Seain (kiri) dan Encik Asmawi Majid, berkongsi usaha yang dijalankan dalam menjaga ikatan masyarakat dan melestarikan budaya masyarakat Bawean. - Foto SUHAIMI MOHSEN -
KETERIKATAN masyarakat Bawean mungkin terjejas dengan ketiadaan ponthuk (pondok) namun usaha memelihara budaya dan bahasa diperjuangkan menerusi pelbagai wadah termasuk media sosial.
Ketiadaan pondok ekoran proses pembangunan negara mendorong Persatuan Bawean Singapura (PBS) menyesuaikan peranannya dalam menjaga ikatan masyarakat itu, kata Presiden PBS, Encik Faizal Wahyuni.

