Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Usaha penyelidik NTU bantu syarikat tuai pasir secara mampan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha penyelidik NTU bantu syarikat tuai pasir secara mampan

Jan 28, 2024 | 01:29 PM



Bagi mengurangkan kesan ekologi penuaian pasir di Asia Tenggara, para penyelidik di Singapura sedang berusaha mencari jalan untuk membantu syarikat menuai pasir dalam cara yang lebih mampan.

Para saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah menghasilkan sistem pemantauan pertama yang menentukan skala sebenar dan keluasan penuaian pasir secara haram, bermula dengan Delta Mekong.

Delta itu yang terletak di selatan Vietnam, terbentuk sebagai rangkaian luas laluan perairan Sungai Mekong yang menghala ke Laut China Selatan. Ia akan membawa bersama sedimen yang membentuk pinggir darat yang subur.

Namun kawasan itu sedang berhadapan dengan pengekstrakan pasir yang meluas saban tahun.

Dengan menggunakan data satelit yang sedia ada, sistem pemantauan itu akan menumpukan kepada kapal-kapal penuaian pasir dan membandingkan data itu dengan ukuran tentang betapa banyak tebing sungai telah tenggelam semasa tinjauan awal oleh pasukan NTU itu.

Ini dianggap kaedah berkos rendah berbanding dengan pemantauan di seluruh rantau delta itu.

Para penyelidik mendapati sekitar 53 juta meter kubik pasir telah diekstrak dari Delta Mekong Vietnam pada 2022 – seganda lebih banyak jumlah sekitar 20 juta meter kubik yang didedahkan syarikat penuaian.

“Kami juga dapat menentukan lokasi di mana bekalan pasir dikesan berkurangan berbanding dengan jumlah yang dituai, yang menyebabkan tebing sungai tenggelam dan kemudian runtuh,” kata Penolong Profesor Edward Park, yang memimpin projek penyelidikan itu.

“Sistem pemantauan telah direka agar kosnya rendah dan untuk menjejak penuaian pasir secara kerap. Ini bagi pihak berkuasa Vietnam menggunakannya bagi mengesan kehadiran penuian pasir secara haram dengan pantas, serta melaksanakan langkah penguatkuasaan yang diperlukan,” katanya kepada The Straits Times.


Ekoran tanah yang diambil daripada tebing sungainya, hakisan pantai dan tebing sungai begitu berleluasa di Delta Mekong, sehingga menyebabkan rumah runtuh dan sumber kehidupan yang meliputi perikanan sehingga perkebunan, terus hilang.

Gumpalan sedimen akibat kerja mengorek boleh menyebabkan ikan mengalami sesak nafas, sedang air yang keruh boleh menghalang sinaran mentari daripada menembusi air, lantas mengurangkan kadar fotosintesis oleh tanaman akuatik.

Ini kemudian akan mengurangkan kadar oksigen yang terlarut dalam sungai yang penting bagi kehidupan akuatik, kata Dr Park.

Mekong dianggap sumber rezeki bagi Vietnam, namun sedang tebing sungai tenggelam dan kadar airnya merosot, begitu juga banjir semula jadi yang penting bagi irigasi kebanyakan ladang pertanian di delta tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >