MASA lampau yang penuh pancaroba dan dugaan. Itulah yang dilalui Cik Nina Zalyana Zazali.
Beliau telah dihantar ke rumah Rumah Tumpangan Remaja Perempuan (Girls' Home) semasa di menengah dua selepas lari dari rumah, mendirikan rumah tangga pada usia 20 tahun dan bercerai sekitar lima tahun kemudian.
Tambahan itu, beliau terpaksa bekerja keras dan menempuhi pelbagai cabaran sebagai ibu tunggal kepada anaknya yang masih bayi lagi ketika itu.
Tetapi hari ini, usahawan 34 tahun ini mampu berbangga kerana kini beliau mengendalikan tiga jenama - butik fesyen, kafe dan kedai pertukangan perabot haiwan.
LAPORAN KHAS MENGENAI WANITA


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg