Usaha pererat hubungan asatizah dengan akar umbi Woodlands menerusi iftar
Premium
Usaha pererat hubungan asatizah dengan akar umbi Woodlands menerusi iftar
Jun 7, 2018 | 5:30 AM
KENALI SATU SAMA LAIN: Encik Amrin Amin (kanan) menjamu selera bersama asatizah, termasuk Ustaz Pasuni Maulan (dua dari kiri) dan pengerusi Masjid Yusof Ishak, Encik Mohammad Ayub Johari (tiga dari kiri), dalam satu majlis iftar yang diadakan baru-baru ini. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -
DALAM usaha mempereratkan silaturahim antara asatizah dengan badan akar umbi di Woodlands, satu majlis iftar yang diacarakan penasihat daerah itu, Encik Amrin Amin, diadakan minggu lalu.
Encik Amrin, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan), berkumpul bersama lebih 30 asatizah yang tinggal di Woodlands, ketua masjid, ketua qaryah dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC Sembawang di Masjid Yusof Ishak untuk berbuka puasa sambil saling mengenali satu sama lain dengan lebih rapat.

