BEBERAPA daya usaha akan dilaksanakan bagi memperkukuh institusi dan rangkaian demi menyokong kehidupan sosio-agama masyarakat Islam Singapura.

Ini termasuk mengukuhkan madrasah setempat, membangunkan sebuah kolej Islam di sini dan menyediakan asatizah muda dengan kemahiran membantu mengatasi fahaman radikal dalam talian.