Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usaha perluas bantuan kepada golongan memerlukan di Lombok, Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Al-Imtaq International & Services akan beri tumpuan kepada penduduk di lebih banyak kawasan pedalaman

Usaha perluas bantuan kepada golongan memerlukan di Lombok, Indonesia

Mar 12, 2024 | 05:30 AM



Terdorong mahu terus membantu lebih ramai penduduk yang memerlukan di banyak lagi kawasan pedalaman di Lombok, Indonesia, Al-Imtaq International & Services akan meluaskan lagi khidmatnya di pulau itu.

Sejauh ini, bantuan yang telah dihulurkan sejak 2009 meliputi khususnya Lombok yang terletak di bawah pentadbiran Nusa Tenggara Barat Indonesia, dan juga beberapa kawasan lain di serata Indonesia.

Kini, ia akan turut memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman lain di Lombok timur, tengah dan utara pula.

Al-Imtaq International & Services yang ditubuhkan pada 2011 menjalankan pelbagai khidmat dengan tujuan membantu golongan memerlukan melalui bermacam program.

Ia termasuk menjalankan upacara korban dan akikah di samping menawarkan khidmat fidyah dan wakaf.

Hasil sumbangan daripada masyarakat itu kemudian diagihkan kepada golongan memerlukan.

Melahirkan harapannya mengenai khidmad Al-Imtaq yang diperluas, pengarah syarikat itu, Ustaz Musa Zulkifli, berkata:

“Semoga semakin luas tempat pembahagian sumbangan tersebut dan semakin ramai anggota masyarakat lslam Singapura diketuk pintu hati mereka untuk memberikan bantuan kepada mereka yang miskin lagi fakir.’’

Menjelaskan lanjut, Ustaz Musa berkata sehingga kini, syarikat itu telah membantu ribuan penduduk yang memerlukan di pelbagai kawasan di lndonesia yang menjadi tumpuannya.

Ini termasuk membangunkan pelbagai keperluan bersama penduduk seperti masjid, maahad (tempat pembelajaran) tahfiz Al-Quran dan musala, selain keperluan asas seperti beras, minyak, telur dan mi segera.


Justeru, sudah tiba masanya bantuan itu diperluas dengan menjelangnya bulan Ramadan, katanya.

Sesiapa yang berminat mahu menyumbang bagi projek bantuan penduduk yang memerlukan itu, boleh menghubungi Encik Abu Bakar melalui talian 9746-9073.

Sumbangan dan derma melebihi $100 boleh diambil oleh pihak AI-lmtaq International & Services secara percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >