Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha Pertapis lebih genting: Presiden Halimah

Mar 25, 2021 | 5:30 AM
57052005-9649-4bbc-9491-41a331a9e99c
-

USAHA yang dilakukan oleh Pertapis kini lebih genting, dengan Singapura berusaha bangkit daripada kesan pandemik Covid-19, kata Presiden Halimah Yacob.

Sejak pertubuhan bukan pemerintah itu berkhidmat lima dekad dahulu, ia bukan sahaja telah mengendalikan rumah kebajikan bagi menjaga dan melindungi kanak-kanak, wanita dan warga emas, malah menyediakan khidmat rawatan dan pemuliharaan bagi penyalahgunaan dadah.

Sokongan berbilang ini juga diberikan bagi jangka panjang, termasuk dari segi sosial dan emosi, kata Puan Halimah.

"Masyarakat perlukan sokongan berterusan untuk mengatasi tempoh sukar ini," ujar Puan Halimah, yang berkata tekad dan komitmen yang ditunjukkan Pertapis menjadi inspirasi kepada semua.

Beliau berkata demikian, semalam, dalam ucapannya di majlis pelancaran buku berjudul "Nurturing Aspirations in Volatile Times" sempena ulang tahun ke-50 Pertapis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg