Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha pertingkat masa depan lebih baik pekerja penghantaran

Aug 29, 2021 | 8:25 PM
Pekerja penghantaran kekurangan perlindungan pekerjaan asas yang dimiliki kebanyakan pekerja lain. - Foto fail
Pekerja penghantaran kekurangan perlindungan pekerjaan asas yang dimiliki kebanyakan pekerja lain. - Foto fail -

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) sedang mengkaji isu pekerja penghantaran dan akan melakukan perundingan dengan orang ramai mengenainya.

Ini sedang lebih ramai orang memilih melakukan tugas sebagai penghantar makanan dengan wujudnya platform seperti FoodPanda, Deliveroo dan Grab.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau "sangat prihatin" tentang pekerja ini yang kekurangan perlindungan pekerjaan asas yang dimiliki kebanyakan pekerja lain.

"Pekerja penghantaran sama seperti pekerja-pekerja lain.

"(Platform dalam talian) menguruskan bagaimana prestasi pekerja ini termasuk mengenakan hukuman dan penggantungan, pun begitu, pekerja penghantaran tidak mempunyai kontrak pekerjaan dengan platform dalam talian ini," kata Encik Lee.

Ini bermakna para pekerja tersebut tidak memiliki pampasan kecederaan di tempat kerja, perwakilan kesatuan pekerja dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan.

"Kita mesti menangani isu-isu ini untuk memberi para pekerja ini masa depan yang lebih selamat," ujar Encik Lee lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg