Premium
Usaha singkap sejarah dua sekolah Melayu lama
Mar 23, 2017 | 5:30 AM
AKAN TERBITKAN BUKU: Haji Wan Hussin Zoohri (duduk, kiri) dan Haji Mohd Noor Sahat (duduk, kanan) - kededua mantan guru Sang Nila Utama (SNU) bersama mantan pelajar SNU berlainan kohort - dalam pertemuan pertama mereka awal bulan ini bagi membincangkan penerbitan projek buku ilmiah Sekolah Menengah SNU dan Tun Sri Lanang (TSL). - Foto SNU DAN TSL -
BUAT pertama kalinya, satu usaha mendokumentasikan sebuah buku ilmiah mengenai dua sekolah menengah Melayu terulung di Singapura - Sang Nila Utama (SNU) dan Tun Sri Lanang (TSL) - sedang giat dimulakan.
Dijangka siap penghujung tahun depan, buku itu menyingkap sejarah dan latar belakang sekolah-sekolah Melayu di Singapura secara umum dengan penumpuan khusus kepada Sekolah Menengah SNU dan Sekolah Menengah TSL.

