Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Usaha tarik lebih ramai relawan bantu keluarga rumah sewa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tarik lebih ramai relawan bantu keluarga rumah sewa

Feb 02, 2024 | 12:10 PM



Jaringan bertindak Melayu, M³@Bedok, sedang meneroka peluang kerjasama dengan organisasi tempatan untuk mengembangkan usaha jangkauan masyarakat melalui pengambilan sukarelawan daripada pertubuhan-pertubuhan yang dikenalpasti.

Sedang butiran daya usaha baru ini masih dikemas kini, Pengerusi M³@Bedok, Encik Raihan Rafiek, memberitahu Berita Harian (BH) sebanyak lima hingga tujuh pertubuhan sudah didekati setakat ini.

Pengambilan sukarelawan ini juga untuk menangani kekurangan sukarelawan sedia ada, lebih-lebih lagi sedang M³ berusaha meluaskan lagi usaha Projek Dian ke lebih banyak blok sewa.

Projek Dian bertujuan memperkukuh sokongan bagi keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa. Diperkenalkan pada 2021 di tiga M³@Bandar di Bedok, Geylang Serai dan Jalan Besar, dan telah diperluaskan ke Jurong, Chua Chu Kang dan Tampines pada 2023.

Encik Raihan yang juga Pengerusi Penyelaras M³@Bandar berkata, mereka mahu menambah sekitar sembilan blok sewa baru yang ingin didekati yang melibatkan hampir 100 keluarga.

“Jika setiap keluarga memerlukan dua duta untuk mendampingi mereka, kita boleh buat kira-kira berapa banyak sumber yang diperlukan. Oleh itu, kami mahu meneroka inisiatif baru ini (untuk mendapatkan sukarelawan organisasi),” katanya.

Beliau menambah langkah tersebut akan dimulakan di M³@Bedok dulu.

“Dengan cara ini, kami bekerjasama dengan organisasi dalam masyarakat dan memperluas bilangan sukarelawan, pada masa yang sama kami menghapuskan halangan yang dihadapi oleh beberapa sukarelawan,” tambahnya.

Memberi contoh, beliau berkata ramai orang mahu menjadi sukarelawan tetapi mereka mempunyai masa yang terhad disebabkan kerja dan komitmen lain.

“Jadi kami berharap melalui sokongan syarikat, kami dapat menghapuskan halangan ini dan menarik lebih banyak minat,” ulasnya.

BH difahamkan buat masa ini, terdapat seramai 110 sukarelawan di M³@Bedok.

Ditemui pada Majlis Penghargaan Sukarelawan M³@Bedok di Kelab Masyarakat Siglap pada malam 1 Februari, Encik Raihan turut mengumumkan M³ sedang membangunkan M³ Dashboard yang bertujuan mengesan keberkesanan program yang dianjurkan serta memberi pandangan berdasarkan analisis kualitatif dan kuantitatif.


Beliau mengatakan analisis mendalam akan dilakukan ke atas program-program yang dianjurkan di kesemua 11 bandar M³ untuk melihat apa yang membuat program tersebut berkesan dan apa yang kurang berkesan.

“Menggunakan pengetahuan ini, kami boleh melakarkan program yang meninggalkan paling banyak kesan,” katanya.

Turut hadir semasa majlis penghargaan tersebut ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang bersama-sama Encik Raihan, menyampaikan saguhati berbentuk buku kepada sekitar 30 sukarelawan yang hadir.

Memuji usaha gigih sukarelawan tersebut, Dr Maliki berkata:

“Sukarelawan merupakan tulang belakang masyarakat kita dan mereka memainkan peranan penting dalam menghubungkan penduduk dan membina ikatan kemasyarakatan yang kuat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >