Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha tiga pihak bantu tingkat kerjaya pekerja gaji rendah sektor urus sisa

Jan 27, 2021 | 5:30 AM
TINJAU OPERASI URUS SISA: Dr Koh Poh Koon (dua dari kiri) dan Encik Zaqy Mohamad (tiga dari kiri) meninjau operasi di loji SembWaste di Tuas. - Foto ZAOBAO
TINJAU OPERASI URUS SISA: Dr Koh Poh Koon (dua dari kiri) dan Encik Zaqy Mohamad (tiga dari kiri) meninjau operasi di loji SembWaste di Tuas. - Foto ZAOBAO -

MENTERI Negara Kanan bagi Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad semalam meluangkan masa bertemu beberapa kakitangan semasa mengadakan kunjungan ke SembWaste, sebuah pembekal huraian pengurusan sisa.

Dalam lawatan ke loji di Tuas itu, beliau diberi penerangan tentang usaha pihak berkepentingan dalam industri untuk menawarkan peluang kerjaya lebih baik dan sekitaran kerjaya yang dipertingkat bagi pekerja bergaji lebih rendah dalam industri pengurusan sisa.

Turut menyertainya dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Dr Koh Poh Koon; Pengarah Operasi dan Pengerahan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Fahmi Aliman dan Timbalan Setiausaha Kehormat Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Encik Felix Loh.

Semalam, MOM mengumumkan model gaji progresif (PWM) akan dilanjutkan ke sektor pengurusan sisa.

Model gaji tersebut antara lain bertujuan menambah gaji pekerja bergaji lebih rendah secara sistematik, seiring dengan peluasan kemahiran mereka.

Sebuah jawatankuasa untuk melaksanakan PWM bagi sektor ini telah ditubuhkan.

Kelompok Tiga Pihak bagi Pengurusan Sisa (TCWM) itu akan dipengerusikan bersama oleh Encik Fahmi dan Encik Loh.

Bercakap kepada media semalam, Encik Fahmi berkata beliau rasa berbesar hati Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah menerima saranan tiga pihak bagi melanjutkan PWM ke sektor pengurusan sisa.

"Kami akan bekerja keras untuk memahami dengan lebih mendalam apakah antara isu-isu yang timbul dan akan membuat saranan dalam masa terdekat ini," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg