Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha Zhulkarnain, sukarelawan sokong mangsa gangguan dalam talian diiktiraf di Parlimen

Nov 10, 2022 | 5:30 AM
ENCIK ZHULKARNAIN ABDUL RAHIM
ENCIK ZHULKARNAIN ABDUL RAHIM -

USAHA Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) dan sukarelawan yang tampil menyokong mangsa gangguan dalam talian telah diiktiraf di Parlimen semalam.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, menarik perhatian tentang inisiatif 'Defence Guild SG', yang diperkenalkan Encik Zhulkarnain dan sukarelawan, melibatkan peguam berbilang bangsa dan agama yang bergabung untuk menyediakan perkhidmatan guaman percuma kepada mangsa gangguan dalam talian, sama ada dalam bentuk seksual, diskriminasi mahupun keganasan.

Idea bagi 'Defence Guild SG' tercetus setelah tersebarnya isu gangguan seksual dalam talian terhadap 17 ustazah tempatan, yang menjadi mangsa tinjauan lucah dalam talian, tahun lalu.

"Saya ingin merakam penghargaan keluarga Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) kepada Encik Zhulkarnain dan sukarelawannya kerana tampil melakukan usaha ini," ujar Cik Teo.

Beliau berkata sedang terdapat undang-undang yang boleh membantu mangsa, bantuan tersebut mungkin sukar didapati.

Cik Teo turut menarik perhatian pertubuhan seperti SG Her Empowerment, atau S.H.E., juga telah tampil untuk meningkatkan usaha 'Defence Guild SG' dalam menyediakan sokongan guaman kepada mangsa gangguan dalam talian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg