Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Usahawan gembleng tenaga lebih 60 wanita hadiahkan alat masak untuk orang susah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan gembleng tenaga lebih 60 wanita hadiahkan alat masak untuk orang susah

Jan 19, 2024 | 06:33 PM



Apabila peniaga Cik Denise Deanna Chew meluahkan hasrat di media sosial untuk menghadiahkan alat masak kepada seseorang yang memerlukan, beliau tidak menyangka lebih 60 wanita turut tampil mahu menyumbang.

Cik Denise yang dikenali ramai sebagai peniaga mi udang ‘Deanna’s Kitchen’, juga menjual alat masak Thermomix dan baru-baru ini telah mencapai jumlah penjualan yang tinggi.

Hasilnya, Cik Denise, 40 tahun, dihadiahkan dua mesin alat masak itu sebagai habuan kerja kerasnya dan terus menanam hasrat ingin memberikan salah satu alat masak itu kepada seseorang yang memerlukan, dan memuat naik niatnya itu di akaun Instagramnya.

Dengan tidak disangkanya, lebih 100 pembaca menjawab di ruang komen – ada yang menginginkannya untuk diri mereka sendiri dan ada juga yang ingin menujukan hadiah itu kepada orang yang lebih memerlukan.

Kisah-kisah sedih yang dikongsikan di ruang komen itu menarik perhatian ramai pengikutnya dan teman-temannya, dan membawa kepada satu perbincangan kumpulan di WhatsApp.


Perbincangan itu mengumpulkan seramai 63 wanita yang bersatu hati dan mengutip sebanyak $6,747, membolehkan mereka membeli tiga lagi alat masak itu, untuk diberikan kepada komen terpilih dalam Instagram muatan Cik Denise pada 17 Januari.

Cik Denise berkata beliau tidak meraih keuntungan daripada usaha itu, dan tidak mengambil komisen bagi pembelian tiga Thermomix untuk dihadiahkan itu.

Salah satu permintaan dari pengguna IG @haslina_eliza berkata:

“Saya ingin memberikan (alat ini) untuk seorang ibu yang mempunyai dua anak istimewa dan enam anak semuanya. Beliau menjaga kesemua anaknya, termasuk bapanya yang sakit, dan kemudian suaminya pula bertemu kemalangan dan menghadapi kesusahan akibat kecelakaan itu.”

Cik Denise mula dikenali dengan gerai mi udangnya yang terletak di Toa Payoh. Bila perniagaannya semakin rancak, beliau pun menebarkan sayapnya ke beberapa lokasi lain, termasuk Chai Chee, Woodlands dan Jurong. Namun, pandemik Covid-19 ternyata masa yang sulit untuk semua penjaja makanan, dan perniagaan beliau juga terkesan.

Dari 2021, beliau terpaksa menutup cawangan Toa Payoh dan Woodlands, dan terdesak mencari ikhtiar lain untuk menampung perniagaannya. Dari situ beliau dikenalkan dengan perniagaan alat masak tersebut yang sewaktu itu semakin popular dalam kalangan suri rumah.

“Saya betul-betul tak sangka, dari sebuah perbincangan, terus ia menjadi satu kempen membantu orang lain dengan cara menghadiahkan alat masak ini.

“Saya mulanya ingin menghadiahkan satu alat masak, tetapi dengan kerjasama 63 wanita ini, saya dapat berikan empat alat masak ini kepada mereka yang memerlukan,” kata Cik Denise.

Ini juga bukan kali pertama Cik Denise dan rakan niaga, iaitu suaminya, Encik Muhammad Asri, 45 tahun, membuat kerja amal. Pada setiap Ramadan, gerai makan beliau akan memberikan makanan percuma kepada sesiapa saja yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.

“Walaupun kami dalam keadaan sempit, kami tetap lakukannya sejak 2018 lagi, dan Insyallah untuk tahun ini juga,” terang Cik Denise.

Salah seorang penderma yang telah menyumbang $1,500 kepada usaha ini, Cik Husnul Khatimah, 32 tahun berkata:

“Sudah menjadi kebiasaan apabila saya membeli barang yang berharga, saya akan menderma jumlah yang sama atau lebih. Saya membaca catatan Denise dan ia adalah untuk tujuan yang baik. Alhamdulillah Allah titipkan rezeki ini untuk saya kongsikan dengan orang lain.”

Syarat untuk pemilihan berdasarkan kepada jumlah ‘likes’ pada komen di muatannya itu.

Penerima empat alat masak itu akan diumumkan pada 21 Januari di akaun Instagram Cik Denise.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >