Usia bukan halangan menua secara aktif
Apabila usia semakin lanjut, mungkin ada sesetengah kita yang berfikir bahawa “kita terlalu tua untuk melakukannya”.
Namun satu pameran yang dilancarkan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) yang sedang berlangsung bertujuan mentakrif semula pemahaman sedemikian.
Diberi nama Break the Silver Ceiling (Melepasi Batas Senja): One Photo at a Time (Satu Foto pada Satu Masa), pameran ini memaparkan warga Singapura berusia 60an tahun yang mentakrif semula erti menua – daripada menjadi jurulatih bagi pasukan paralimpik negara kepada pengumpul barang mainan, dan tidak kurang juga menjadi pelakon.
Tidak kira apa jua bidang yang diceburi, kembali ke sekolah atau bernyanyi di majlis walimah, kesemua warga senja ini membuktikan bahawa usia bukan halangan untuk memenuhi impian.
BUTIRAN LANJUT
Ayuh ketahui bagaimana warga senja ini mentakrif semula erti penuaan. Kunjungi pameran “Break the Silver Ceiling: One Photo at a Time” dari 1 hingga 6 Oktober 2024, di Festive Walk, Our Tampines Hub dari 9 pagi hingga 9 malam. https://www.aic.sg/break-the-silver-ceiling/exhibition/

