Topik diikuti
Pergi ke BHkuUstaz Jalaluddeen dilantik Naib Konsul (Haji) di Jeddah
Peranan baharu Ustaz Jalaluddeen dalam menguruskan ibadah haji jemaah Singapura
Ustaz Jalaluddeen dilantik Naib Konsul (Haji) di Jeddah
Ustaz Muhammad Jalaluddeen Saukat Ali, 44 tahun, akan menggalas jawatan Naib Konsul (Haji) di Konsulat-Jeneral Singapura di Jeddah mulai Disember.
Beliau, yang bertugas sebagai pengurus di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dikerahkan secara sementara ke Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.
Dalam satu hantaran di Instagram pada 19 Oktober, pihak konsulat mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai anggota baharu pasukannya.
“Wajah baharu, pengembaraan baharu – selamat datang Jalal!
“Kami mengalu-alukan kehadiran seorang anggota baharu dalam keluarga Konsulat-Jeneral kami – Muhd Jalaluddeen!
“Jalal akan menggalas tanggungjawab sebagai Naib Konsul (Haji) dalam pasukan kami,” tulis hantaran akaun @singaporeinjeddah.
Hantaran itu turut memperkenalkan Ustaz Jalaluddeen gemar memancing, meneroka tempat baru dan bermain badminton.
Dalam peranan baharunya itu, beliau akan memberi tumpuan kepada urusan berkaitan ibadah haji bagi jemaah Singapura.
“Selamat datang ke keluarga Jeddah, Jalal! Semoga penugasan ini membawa persahabatan baharu, penemuan yang mengujakan, serta kenangan manis yang tidak akan dilupakan!” tulis hantaran itu lagi.
Ustaz Jalaluddeen berkhidmat sebagai pengurus di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan merupakan naib pengerusi Masjid Haji Muhammad Salleh.
Selain itu, beliau mengasaskan Nawabooks.com, sebuah kedai buku Islam dalam talian, pada Januari 2017.
Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua jabatan di Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), dengan tanggungjawab dalam bidang pemasaran, pembangunan perniagaan dan pengurusan program.